Komuniti/Rangkaian dan Kerasulan Paroki Dewasa Muda, dalam konteks tempatan adalah sesuai dan digalakkan di kalangan golongan muda yang berumur antara 25 hingga 34 tahun.
Secara amnya, mereka adalah antara orang muda yang memulakan kehidupan kerja, merenungkan “vocational discernment” atau beralih ke sesuatu yang baru.
ASAYOKL mengesyorkan kepada komuniti/rangkaian dan kerasulan paroki dewasa muda untuk mengutamakan hubungan dalam Yesus Kristus dengan yang berikut sebagai ciri-ciri khas.
- Kehidupan doa bersama
- Persaudaraan dan kebajikan yang ada padanya.
- Iman: Mendengar, Merenung/Menghayati, Memilih (25.03.19, Annunciation - Pope Francis Homily)
- Vocation: Kerja dan Keluarga
- Tanggungjawab sosial dan perkhidmatan awam
Sekiranya yang berikut menerangkan dengan tepat diri anda, sila “Check-In” dengan ASAYOKL di asayokl.my/checkin
- Berumur 25 hingga 34 tahun
- Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, atau Terengganu (Keuskupan Agung Kuala Lumpur)